Thursday, November 21, 2013

How's Your Result ??

Views
Assalamualaikum reader(s) . Untuk pengetahuan semua semalam merupakan hari dimana semua budak politeknik especially mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Ada yang memberangsangkan , ada yang tak kurang hebatnya dan ada juga yang bersedih . Buat yang berjaya TAHNIAH Hana ucapkan. Kerana mereka bertungkus lumus untuk kejayaan mereka sendiri . Pada yang tak kurang hebat , berusaha lagi untuk mencapai sasaran korang . Pada yang kurang berjaya jangan bersedih . Jadikan semua ni sebagai titik tolak untuk korang agar berjaya untuk sem-sem seterunya . 

Haaa , dengar cerita duit PT dah masuk ? Taktahu lah betul ke tak kann. Hana sendiri belum check lagi. Fyi , kalau result kita under 2.00 kita takkan dapat duit PT untuk sem depan. So , belajar lah leklok kayy . Asyik cerita orang je kan . Result Hana cemana pulak ? Dekan kan ? Gagal kah ? 

Apa cerita ?

Hahaaha. Result  Hana okay je. Takde rezeki kodd nak dekan. Mungkin bukan sekarang . Act . 20 nov 2013 malam tu dah boleh dah check result. Budak class Hana dah bising-bising kt wassap . Hana diam je. Seram nak bukak . Malas nak check. Ramai jugak yg tanya result Hana , kt whatsapp , wechat , fb , twitter . Merata tanya . Nak lari pun takleh dah. Dri pukul 9 pm sampai ke tengah malam dok melayan chat sampai lenguh jari jemari I ni haaa . Hahaha Paling kelakar dengaan Dhabitah ni haa . Perangai macam budak-budak. Hahaha , adoiiiyaii . Btah btah .. Anyway , congrats to kengkawan Hana semua kayy.. Next sem kita pulun sampai dapat DEKAN okayy .. Kita pulun habis habisan .. 

Sekian . Wassalam ..

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Wednesday, November 20, 2013

Syahid Yang Tertangguh

Views
Saya Terkilan dan Tersentuh membaca kisah hidup pemuda ini dari lahir sehinggalah beliau kembali kepadaNya.

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh | "Syahid Yang Tertangguh ", begitulah gelaran yang diberi oleh rakan allahyarham Ahmad Ammar. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh

Berikut adalah salinan/olahan dari beberapa artikel dari laman web yang menceritakan serba sedikit tentang biodata dan kisah ringkas allahyarham Ahmad Ammar.

Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” -al-imran:185

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –

"Di sini saya selitkan dialog terakhir ahmad ammar selepas pulang dari syria. Dialog ini di antara ammar bersama kakaknya di whatsapp"

Ammar: tmpt ammar prgi brapa kali kne bom kot 
Kakak: yee ke mar? Alhamdulillah kau ok. bpe rmai g

Ammar: ikutkn hati tak nak blk dah.Nk syahid kt situ huhu,5 org je
Kakak: Huish

Ammar: tp kne suruh blik jgk


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Mari belajar Bahasa Syurga

Views
Mari belajar bahasa syurga ! :’)

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i’m really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza’ - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kamu





Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Hari yang Ditunggu-tunggu Oleh Aku

Views
Assalamualaikum reader(s) . Haaaa , confirm student POLITEKNIK especially 
tengah menunggu result memasing isn't it ?Sekarang Hana tengah berdebar-
debar menunggu masa yang sesuai untuk bukak web nak check result. Act , 
member-member Hana kata dah boleh check tapi Hana masih belum punyai 
kekuatan untuk check result . Takut tak menggembirakan abah dan mama.

Now , bila nak bukak web pulak jam. Ramai lah kodd tengah online kan .
Takpe laa , Hana tengah malam pun boleh check lagi. Takda hal ..
Doakan yang terbaik buat Hana .. 
Haaa , semalam pulak chatting dengan Intan . Teman Hana dari kecik lagi.
She makes a big changes to herself and I'm proud of her
Seriously . Why ?? Because she more different now. 
Dia dah berniqab sekarang. Hati ni terbukak untuk tanya ttg penghijrahan 
dia. Sebab Hana dah lama simpan niat  untuk berniqab .
Cuma belum punya kekuatan  . 
Hana tengah mencari masa yang sesuai untuk berubah sepenuhnya .
Now, slowly berubah dan dekatkan diri pada yang ESA.
 Hana suka sgt tengok kaum HAWA yg sempurna dalam 
penjagaan auratnya ,.
Intan dah 4 bulan berniqab . Alhamdulillah. 
Hana sentiasa doakan agar Intan sentiasa beristiqamah.
Subhanallah , semoga niat Hana akan tercapai .. In shaa ALLAH..




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Friday, November 15, 2013

Second Reunion With Catering Crews !

Views

Assalamualaikum reader(s) . Hah ! Harini agak bersemangat nak taip entry untuk orang yang hana sayang sangat ! Siapakah beliau-beliau ? Bukan sorang tau tapi ramai. Haha. Dah tersayang nak buat cemana .. Beliau beliau tersebut adalah BUDAK KATERING 11/12. Sayang sangat kt diorang ni sampai rasa taknak berpisah seminit pun dengan diorang.
Okayy. Now lets the story begin .
3 Nov 3013 : Hari dimana kitorang akan begerak ke ZAIAM HOMESTAY.
Kitorang kene sampai awl sebab tengah hari tu kitorang akan lunch kt rumah nabil sebab sys dia kahwin so kitorang save lahh budget kan. Pagi tu pukul 10 hana dah siap-siap nak ke rumah dyan.
Nervous tau mcam nak pergi amek result pulak nervousnya. 
Nervous nak jumpa diorang diorang ni. 
Sampai KK around 12. Then abah stop kat belakang station bus sebab dah lapar.
Kat situ makan memang puas hati .
Murah pun murah . Hana tak makan sebab excited nak jumpa diorang.
Lagipun kat kenduri nak makan lagi. 
Call dyan tanya rumah dia kat mana. Sebab nnti abah membebel mcm
nenek kebayan. Hahaha . 
Dyan cakap dia tunggu kt tepi jalan. Okayy .
Akhirnya jumpa jugak sorang minah kt tepi jalan. *dyan laa tu
Abah terlajak sikit. Huhu. Then reverse balik . Huhu
Sampai je homestay salam mak dyan sume. 
Hana tanya dian sape je dah sampai sebab nampak afiq sorang je 
tengah bertenggek atas moto LC kesyangan dia tuhh.
Rider Taiping laa katakan .. 
Dyan cakap yen and thaqif dah sampai tapi 
diorang g station bus amek org key eyl yoo . 
Orang KL tu moon, syamil , myra addilah(AD) .
Lepas je diorang sampai hana naik atas sebab nak siap2
g kenduri rumah nabil. 
Tengah siap-siap tu nadh pulak smpai. Fuuuu , kecohh sat.
Pelukcium sume hah ! haha
Then , budak laki lakk bising suruh cepat . 
Lek lek ahh. Perempuann biasa ahh . Kann ??
Pergi kenduri of course lahh pakai baju kurung isn't it ?
Boleh diorg gelak tgok hana pakai baju kurung. 
Okayy . Tak kelakar seyhh . Bukannya tak pakai baju .
Spek arrogant tak tinggal kayy . Cuaca panas sgt. 
Hana pakai kasut yg tinggi tu yang beli kat PB .
Boleh je nak pakai sandal. Karang nampak pelik pulakk.
Duduk dalm kereta tu macam sardin dah. Bayangkan lahh 5 org kt blakang
Nasib sume bese-bese je.
Hahaha . Nak dijadikan cerita turun je dari kereta hana tarik nadh
jalan cepat-cepat. Yen dah panggil dari blakang .
Ahh ! Sogannyaaaaaaa !!!!
Malu seyhh .. Sume usya je .
Terasa diri ni macam tak pakai baju pulak. Hmm~~
Time makan pulak Amir piah dok sibuk perli --' 
Hana tetibe hilang selera. Mmg tak lalu nak makan.
Amir perli lagi "sikitnya makan" 
hana cakap " takde selera. seronok sgt jmpe korang " 
Dah makan-makan .. Balik jommmm !!! Setting tok BBQ pulak untuk dinner time .
Petang tu ingat nak beriadah kejap ..
Cuaca pulak tidak mengizinkan .. Hujan turun dengan selebat-lebatnya ,
Okayy , teringin mandi hujan. Sebab dah lame tak main hujan.
Last-last kena marah denga kyra. Sebab badan ni memang tak tahan kena hujan.
Padan muka aku kann . Malam tu dah sakit kepala. 
That night memang karok gila-gila diorang ni ..
Memang diorang lepas gian..
Malam tu seriously mood takde sebab ........... Hmm . nothing laaa
Dgar je diorang karok. Tersenyum tengok diorang depan mata nii . 
tak sanggup nak teruskan cerita
Hati tetibe menangis sendiri. Rindu sangat nak cakap dengan dia.
Tapi nak buat cemana kannn ..
Esoknya pulak time untuk kitorang balik .. 
Pagi tu kitorang lepaking kat jambatan . Alangkah bahagia
jika masa dapat diundur .. 
Sayu hati nak balik . 
Sesi photography memang diorang suke lahh kan .. 
Lepas makan tengahri tu semua siap-siap nak gerak balik 
ke rumah masing-masing . 
 Now , kita usha gambar-gambar pulak ekh, 
nak masuk semua memang berlambak sgt .. huhu.
Enjoy yourself ..
Nadh

Syamil and nazrin

syamil again w/ moon and afiq

again w/ izzati

again him --' w/ girls

blog aku ke syamil ni ?? haha . w/ anak empunya homestay .
dyan

nabil buat aksi acrobatic pulakk

nadeella a.k.a awek ganu. haha

view at ZAIAM HOMESTAY

BBQ time !!

The purple one is qhaffiyan , safwan and nabil /.

scandal of the year . haha. moon  w afiq

nabil , syamil , thaqif and amir piah .

d'photographer

I was at their behind . 

me w/ kaki pangkah. haha. amir piah

WE'RE THE BEST BATCH OF CATERING !

Wish our friendship ever lasting till jannah . InsyaALLAH :*

Meet us the MISS ARROGANT *hehe. berangan japp


I love you guys shumashhh . muahh muahh

Sekiann entry kali ni . Wassalam .,. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Tuesday, November 12, 2013

4 Golongan Sasaran Dakwah

Views

Assalamualaikum reader(s) . Td hana online. Then terkejut sangat ade lah seorang hamba ALLAH ni yang menhina dan mencaci islam. 
Tapi , apa yang kita nak herankan sgt ?
Dunia kita ni dah akhir zaman.
So, jangan pelik benda-benda mcm ni terjadi.
Kalau nampak perkara mungkar terjadi , 
berdoa agar kita dijauhkan daripadanya dan 
orang melakukan perkara tersebut 
mendapat petunjuk dan hidayah daripada-NYA.
Berikut adalah golongan-golongan yang menjadi sasaran pendakwah menurut Imam Al-Ghazali ..

Menurut Imam al Ghazali, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu terbahagi kepada 4 

golongan. 

1) Golongan yang jahil – golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah Tuhan tetapi 

  tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah adalah disebabkan 

kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.

2) Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya disamping mampu 

meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal ini terjadi kerana mereka tidak m

ampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia memang rasa berdukacita di atas maksiat yang 

dilakukannya serta kecewa tidak dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit u

ntuk dinsafkan kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan 

oleh nafsunya. Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh bersyarah dengan 

menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut kemahuan nafsunya di dalam 

kehidupan dan kenyataan yang sebenar. Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan 

menundukkan nafsunya.


3) Golongan yang mempunyai kepentingan – golongan ini melakukan kemungkaran dan tidak 

mahu melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam hidupnya samada pada dirinya, ru

mahtangganya dan masyarakatnya kerana mengaut keuntungan darinya. “Buat apa nak ikut 

Islam sangat, bukan boleh untung” Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai gol

ongan yang mengampu dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya 

mengatasi hukum-hukum Allah.


Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran 

yang hakiki. Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi’in dan pejuang kebenaran. 

Justeru itu, sekiranya kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sed

ang melanda, tidak ada formula lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti 

berjaya, maka pasti Allah s.w.t akan memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.



4
) Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik. Islam itu kolot dan barat itu 

moden. Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka aurat itu terbuka mindanya. 

Golongan ini adalah golongan yang paling payah untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mem

punyai ideologi-ideologinya yang tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, 

nasionalisma, kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.


Imam al ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu ditumpukan kepada 

golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk mereka kembali amat cerah. Untuk 

golongan yang ketiga dan keempat, tidak perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan 

ini hanya perlu dibendung pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah 

sebati dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini perlulah 

dilakukan dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan kekecewaan serta 

mematahkan semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

Selepas itu, buka Al-quran surah an-nahl ayat 125- 128. Jumpa mana2 guru dan tadabbur ayat 

itu. Dalam ayat tersebut terdapat beberapa metode dakwah yang harus kita laksanakan sebagai 

seorang da’i.

DAN YANG PALING PENTING BANYAKKAN DOA.




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial



 
Designed by Miraa Hussin