Monday, June 10, 2013

I'm HOME !!!!

Views
Assalamualaikum reader(s). First of all, nak mintak maaf dengan korang ye lahh kan korang invite hanna tapi hanna tak dpt nak join disebabkan hanna berada jauh di perantauan and now baru ada dekat rumah. Biasalah bila duduk rumah orang mane sama dengan rumah kita kan ??? Hanna stay kt serdang rumah makcik hanna sebab kerja. Wuuuu, first time kerja kt kedai kasut. First week seriously kaki rasa macam nak tercabut. Rasa dia memang sama macam first time hanna main softball. Urat saraf semua kejang. Dah lah rumah makcik pulak bertingkat-tingkat.. Bila turun tangga dah macam cerita 'Anak Mami Kembali' yg scene mak bee tu turun tangga after aerobik tu. Hah , macam tu lah gayanya.. Then the second week tu isnin hanna cuti sebab 4 day fulltime. Penat tak terkata.. Tapi penat-penat pun kita akan rasa puas jika kita memberikan layanan yg best kepada para customer then dorang beli kasut tu satu kepuasan.

Takde kerenah ke customer kedai kasut?? Siapa kata takde ? Hanna ada lahh dapat cust yg agak annoyed. Dah lah penat-penat panjat rak kasut yg tinggi-tinggi boleh dia kate 'takpelah dik' ..Perghhh , ALLAH saje yg tahu mcam mane perasaan ni. But, senyuman tetap diberikan. Sabar itukan satu keindahan. Bila dah jauh dari family macam-macam dugaan yang datang. Mula-mula rasa cm nak putus asa je. Tapi cuba terapkan pemikiran yang positif dalam diri. Tiap-tiap malam dengar zikir terapi diri by hafiz hamidun. Rasa tenang je. Nak menangis dalam solat rasa puas sangat. Maklumlah , takde teman disisi hanya ALLAH teman yg paling setia menjadi tempat mengadu. Ujian diberikan saat hati dah tenang melupakan dia. Mungkin ada hikmah yang ALLAH nak tunjukkan dan mungkin hanna saja yang tak nampak. Always think positive your life will peacefull .


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment



 
Designed by Miraa Hussin