Friday, March 8, 2013

Awak suka saya tak ?

Views
Haii peeps ! Haa  ,hari ni Hana tinggal sorang2 kt rumah . Bosan seyhh . Okayy . Today Hana nak sambung cerpen "Hargai Sebelum Terlambat" . Haha . Ada yg siram blog Hana ke ? Waa , baik hati korang niey . Ada yg kate jln cerita Hana agk sama dengan cerpen dlm blog Cik Ain . Hana tak tiru okayy . Ceritu tu tak habis lg . Hana taknak cerita pjg sgt takut ad yg bosan . So , in this entry Hana sambung cerita Iwan tu . Disebabkan Lia tu da "takde" so ni cerita ttg Iwan je okayy . Enjoy reading dear :)

Semenjak ketiadaan Lia , Iwan sering termenung sendirian . Pemergian Lia memberikan impak yg besar pada diri Iwan . Iwan menyesal akan perbuatannya dengan Lia . Bagi Iwan berjaya selama ni disebabkan sokongan dan dorongan drpd Lia . Iwan menjalni rutin hariannya seperti biasa . Setelah Lia pergi pintu hati Iwan tertutup untuk mane-mane wanita yg ingin mendampinginya . Ibu Iwan bimbang kerana umur Iwan semakin meningkat tetapi masih belum mendirikan rumahtangga . Ibu mane yg taknak menimang cucu . Pada satu malam , Iwan balik lewat ke rumah . Kebetulan ibunya masih di ruang tamu menonton tv . 

Iwan : Assalamualaikun ma . Tak tidur lagi ke ?
Mama : Waalaikumsalam . Humm , belum lg . Mata mama tak ngantuk lg . 
Iwan : Haihh , penatnya kerja . Makin byk plak kje kt ofis ma . 
Mama : Ha'ah . sibuk dgn ofis sampai lupa cari isteri kan ??
Iwan : Ish mama ni . Kesitu pulakk . 
Mama : Sampai bila Iwan nak membujang ni ?? Rumah ni sunyi takde budak2 . 
Iwan : Takde jodoh maa . Ada nanti ada lah ma .
Mama : JOdoh tu tak datang bergolek kalau tak cari . Ke Iwan nak mama caikan untuk Iwan ?
Iwan : Entah lah ma . Ma , Iwan dah ngantuk ni . Nak naik atas tidur . 
Mama : hah , cakap psl kahwin cepat je nak ngelak . 
Iwan : naik atas dulu ma , assalamualaikum . Hehhe .
Mama : Bertuahlah anak sorang ni . Pantang ckp psl kahwin laju je ngelak . 

Begitulah Iwan bila bercakap soal kahwin sehinggakan mamanya sudah menghafal jwapan kpd stiap soalan yg akn ditny . "Bukan Iwan taknak kahwin cuma Iwan belum dapat terima yang Lia dah pergi mama " rintih Iwan sendirian . Iwan seorang yang agak berjaya kerana dia mempunyai kereta sendiri , rumah sendiri . Iwan juga mempunyai pakej lengkap kerana hidungnya terletak , kulit putih kemerahan , mata galak berwarna brown hazel , tinggi lampai dan berbadan tegap . Siapa yg tidak mahu bersuamikan lelaki seperti dia . Namun , apa yg Iwan cari adalah isteri bukan perempuan . Iwan mahukan seorang wanita yg boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya . "Iwan akan mendirikan rumahtangga satu hari nanti" , tekad Iwan di dalam hati . Sudah menjadi kebisaan pada setiap hari Iwan akan pergi ke site . Pada satu hari , Iwan terjumpa seorang wanita bernama Zara . 

Iwan : Assalamualaikum .
Zara : Oh , waalaikumsalam En.Iwan .
Iwan : Ehh , mana awk tahu nama sy ?
Zara : Siapa lah tak kenal enginner yg berjaya di M&M Holdings kan ..
Iwan : Haha . Oh yah , cik ni siapa ye ?? Tak pernah nampak pun .
Zara : Sy Mya Zara , manager di Joe M Holdings . En.Iwan boleh panggil sy Zara .Sy baru                    bekerja di bahagian ni .  
Iwan : Tak perlu berencik-encik . Macam formal sangat . 
Zara : Baik lah En .Iwan . Oh,maaf . Iwan . Ok lah Iwan Zara balik pejabat dulu ye . Saja datang tengok . Kita jumpa lain kali ye . Ni kad sy . Ad pape boleh  telefon sy . Assalamualaikum .
Iwan : Waalaikumsalam . 

Iwan hanya tercegat di situ melihat Zara pulang . Dalam tak sedar Iwan merasakan sesuatu setelah melihat wajah Zara . Wajah Zara mirip Lia cuma perwatakan sedikit berbeza . Iwan tertarik dengan keayuan Zara yang seperti wanita melayu terakhir . Iwan mahu kenal Zara dengan lebih rapat . "Tapi Zara ni dah berpunya ke ?" soal Iwan dalam hati . "Ahh , nak tahu kena lah tanya kan" . Pada malam itu Iwan tidak boleh tidur lena kerana bayangan Zara muncul setiap kali dia melelapkan mata . "Hai mata ni tak mau lelap plak .Apa pasal tiba-tiba Zara masuk dlm mimpi aku ni ? " Haihh , kan aku dah susah nak tidur . Baik aku telefon Zara " . Iwan pun mengambil telefon bimbitnya di meja yang berdekatan dengan katilnya . Namun panggilan Iwan tidak berjawab . " Zara dah tidur kut " fikir Iwan . "Ahh , esok minta-minta dia turun site . Tidur lah . Hrap-harap nyenyak lah tidur aku malam ni . Heheh" Keesokannya harinya Iwan turun ke site agak awl kerana menantikan kehadiran Zara . "Mana lah awek sorang ni . Penat aku tunggu dari tadi tak nampak batang hidung pun " ngomel Iwan sendiri . "Marahkan siapa ni Iwan ?? " sapa Zara . " Eh , Zara ingatkan siapa tadi . Bukan marah geram sikit dengan pekerja ni . Hhehe. Lambat pulak dtg hari ni .?? " "Ohh , sy ada kerja sikit kt office tadi . " "Owh , Zara sebenarnya ...... Ye , teruskan , sambung Zara . Iwan nak ajak Zara makan malam dengan Iwan boleh ?? Tak boleh takpe Iwan faham . " Oh , makan malam , boleh je . Girlfriend Iwan tak marah ke ?? Iwan takde girlfriend lah . Merepek je Zara ni . Zara pulak boyfriend tak marah ?? Zara single okay . Huhuhu . Tipulah Zara ni . Orang secantik Zara tak berpunya mesti Zara ni memilih kan ? Bukan macam tu . Nanti dinner Zara cerita lah ye . Dah lewat ni nanti umi Zara risau pulak . Oh , okay . Hati-hati drive ", pesan Iwan . 

Pada malam itu mama Iwan sedikit pelik kerana Iwan tidak pernah keluar apabila balik dari kerja . "Hah ! wangi-wangi ni nak kemana ? Eh mama  , Iwan nak keluar kejap ma . Jumpa kawan . Mama jangan tunggu Iwan tau . Jumpa kawan kah jumpa someone special . Eh , kesitu pulakk mama ni . Dah lah ma , Iwan dah lambat ni . Iwan pergi dulu . Salam ma , assalamualaikum . Walaikumsalam " jawab mama .

Iwan berjanji untuk berjumpa di sebuah restoran mewah . Sementara menuanggu kedatangan Zara , Iwan melayani laman sosial miliknya . "Layan peminat ye ?? Eh Zara , dah lama sampai ? Baru je . 5 minit Zara ada belakang Iwan ni . Iwan je tak perasan sebab layan peminat . Zara menghadiahkan Iwan senyumnya yang menawan ."Mana ada peminat , biasalah kawan kt Facebook ni . Eh , jom kita pesan makanan . Iwan dah lapar ni . Jom " sahut Zara . Iwan memanggil pelayan untuk membuat pesanan . Sesudah memesan makanan mereka berborak sambil menunggu makanan sampai . " Zara nak cerita apa kat Iwan siang tadi ? Oh , yang itu , Sebenarnya Zara pernah bertunang , tapi seminggu sebelum kami diijabkabulkan tunang Zara terlibat dalam kemalangan jalanraya . Oh , Iwan minta maaf . Eh , takpe Zara tak kisah . Benda dah lama . Iwan pulak macam mane . ? Iwan ?? Iwan dulu dah nak bertunang tapi ..... tak sempat nak tunang dia dah pergi . Pergi ? Pergi mana Iwan ? " soal Zara . Dia pergi menghadap Ilahi . Zara nak tahu satu benda tak ? Wajah Zara mirip sangat dengn Lia . Iwan kenal Lia daripada kecil lagi . Tapi jodoh kami tak kesampaian .  Boleh Zara tahu kenapa dia meninggal ? Dia menghidap penyakit Luekimia . Makanan pun sampai . "Haa , makanan pun dah sampai . Jemput makan Zara . " 

Sesudah mereka selesai , masing-masing meminta diri untuk pulang . Apabila Zara tiba di rumahnya telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk . "Thanks for the dinner Zara - Iwan "  Zara hanya tersenyum riang . Zara merasakan Iwan membawa sinar kepada kehidupannya yang suram . Hubungan mereka semakin akrab dan Iwan mengambil keputusan untuk mengambil Zara sebagai suri hidupnya . Zara berasa semakin gembira kerana ada insan yang masih ikhlas terhadap dirinya . Kedua-dua belah pihak merestui hubungan Iwan dan  Zara . 

Selepas tok kadi mengesahkan pernikahan mereka Zara memanjatkan rasa bersyukur kerana dia dikurniakan jodoh yang baik . Semasa acara membatalkan wudu' Iwan menghadiahkan Zara seutas rantai mutiara . Selepas memakaikan Zara rantai Iwan mencium dahi Zara dan Iwan membisikkan sesuatu ke telinga Zara . " Terima kasih sayang sebab terima abang sebagai teman hidup sayang " Zara merasakan Iwan orang yang tepat untuk dirinya . Terima kasih Allah ..

TAMAT 




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment



 
Designed by Miraa Hussin