Sunday, March 3, 2013

Hargai Sebelum Terlambat ..

Views
Assalamualaikum wahai sahabatku sekalian  . Terima kasih lah sudi ziarah blog Hana ni . Apa ?? Mana cerpen Hana ?? Hahaha . Penat tunggu ye  . Maaf lah . Bukan niat nak bagi korang tertunggu2Cerpen ni pendek je  . Hana takmaw taip pjg2 takut korang bosan membaca pulak . Okayy , sebelum membaca ni dah sediakn popcorn ?? nanti boring plakkan  huhuhu . Hana harap yang mambaca dapat ambil iktibar dan pengajaran ye . Cerita ni bukan saje-saje . Hana selitkan bebrapa pengajaran untuk sesiapa yang mempunyai pasangan . Jangan anggap cerpen Hana adalah hiburan semata-mata ye . Oh yahh , sebelum membaca ni pastikan segala kewajipan korang sudah selesai ye .. Cerita ini tiada kene mngena antara yang hidup ataupun yang sudah tiada . Hanya rekaan semata . 
Okayy . Enjoy reading okayy . 


 .Sejak kecil Lia dan Iwan selalu bersama . Dari tadika , sekolah rendah termasuklah sekolah menengah mereka sentiasa bersama . Ibubapa mereka pula agak rapat . Setiap kali cuti sekolah mereka pasti bercuti bersama-sama . Mereka agak rapat sehinggakan rakan-rakannya sering tersalah anggap . Mereka fikirkan Lia dan Iwan merupakan pasangan kekasih . Tetapi mereka tidak ambil pusing cerita tentang mereka berdua . Guru-guru juga sudah sedia maklum tentang keakraban mereka . Apabila masuk ke alam pekerjaan mereka mula memikirkan untuk ke peringkat lebih serius . Lia bercita-cita untuk menjadi doktor pakar sementara Iwan hanya ingin menjadi engineer . Lia menyambung pengajiannya di luar negera iaitu di Italy . Iwan begitu yakin dengan cinta mereka begitu juga Lia . Mereka berdua sudah mengenali hati budi masing-masing sejak dari kecil lagi  . Disebabkan itu , Iwan tidak menghalang Lia belajar di luar negara . Lia datang daripada keluarga berada manakala Iwan cuma orang biasa . Lia tidak memilih taraf aslkan orang itu mempunyai hati yang baik begitu juga ibubapa Lia . 

Iwan merasakan cinta mereka semakin hari semakin kuat . Satu hari Iwan terjumpa bekas kekasihnya , Bella . Mereka putus kerana kekasih Iwan mencemburui hubungan Iwan dan Lia . Bella mereka cerita yang Lia sudah mempunyai kekasih di luar negara . Iwan tidak percaya sebab terlalu sayang pada Lia . Bella merupakan gadis liar yang suka bersosial , merokok dan  suka ke kelab malam . Apabila cuti sem , Lia mengambil peluang untuk pulang ke tanah air untuk berjumpa dengan keluarga dan kekasihnya . Iwan seorang yang suka cemburu buta kerana Lia seorang gadis yang jelita dan ramai lelaki mudah jatuh hati padanya . Lia membuat temu janji dengan Iwan untuk berjumpa di Hotel Marriot ,Putrajaya . Lia mengharapkan sebuah temujanji yang romantis dan bermakna . Tetapi harapan Lia hanya angan kosong kerana Iwan membuat tuduhan melulu terhadapnya . 

Iwan : Assalamualaikum awk .
Lia : Waalaikumsalam awk . Awk , sy rindu sgt kt awk . Masa dlm flight sy rasa tak sabar nak jumpa awk . Sekarang awk ad depan mata sy , sy happy sgt3 awk !!
Iwan : Rindu ?? Dah kau puas dengan jantan kt oversea tu kau balik sini kau cakap kau rindu aku ?? 
Lia : Apa yg awk ckpkan ni ? Sy tak faham ?? I really don't get it .
Iwan : Kau tak faham atau buat-buat tak faham ?? Hey betina ! Kau dengar sini baik-baik . Orang lain kau senang-senang boleh tipu TAPI bukan aku . Aku HAZWAN ASYRAF BIN MALIK lah !! Kau ingat aku bodoh ke !?
Lia : Siapa yg fitnah Lia kt awk ni ?? Sumpah Lia tak macam tu kt sana . Awk percaya lah !!
Iwan : Kau ingat senang-senang aku nak percaya kau ? Aku bukan nampak apa kau buat kt sana .. Sumpah ?? Jangan nak main-main dengan sumpah lah nanti makan diri ..
Lia : Terpulang kt awk lah . Sy susah payah balik sini semata-mata nak jumpa awk tapii ini yg sy dapat ??? Tak berbaloi untuk sy . 
Iwan : Aku tak pernah suruh kau balik ! Aku tahu kau anak org kaya . Kau boleh dapat lagi bagus dari aku ! Aku kerja keras sebab nak beli benda(cincin) ni untuk kau tapi ini balasan kau kt aku ??? Terima kasih sgt !
Lia : Okayy ! Sy dah cukup sabar dengan awk selama ni . Sy dah tak tahan dengan perangai awk ni !

Lia terus pergi meninggalkan Iwan sendiri .. Iwan merasa puas sedangkan hati Lia hancur luluh dengan sikap Iwan . Iwan begitu mempercayai Bella . Semasa pertengkaran mereka , kebetulan Bella berada di situ dan mendengar pertengkaran mereka . Bella memfitnah Lia kerana sakit hati dengan Lia sedangkan Lia tidak pernah menyakiti Bella . Iwan tidak tahu yang Bella sengaja mereka cerita tersebut . Di rumah , Lia kelihatan muram dan ianya disedari oleh ibubapa Lia . Lia mengatakan tiada apa yang terjadi antara dia dan Iwan sedangkan ibu Lia tahu ada sesuatu yang tak kena dengan anaknya. Hari demi hari Lia terus mendiamkan diri begitu juga Iwan . Iwan merasakan hidupnya kosong tanpa Lia .  . Iwan begitu buta dalam menilai cinta tulus Lia . 

Setelah tamat pengajian Lia terus bekerja di sana kerana hatinya masih sakit kerana Iwan . 
Namun siapa tahu , dalam senyuman Lia terselit derita . Namun senyumannya menutup deritanya . Lia menghidap LEUKIMIA tahap 3 . Lia sudah terlambat kerana ianya sudah semakin teruk . Jika Lia menjalani pembedahan belum tentu Lia selamat . Disebabkan penyakitnya Lia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air . Dia ingin mati di tanah airnya . Wajah Lia semakin cengkung . Batuknya sudah semakin melarat . Lia berterus terang dengan  ibubapanya . 

Lia : Ibu , ayah Lia minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari ibu dan ayah .
Ibu : Lia cakap apa ni nak ??
Ayah : Teruskan Lia .Apa Lia nak bagitahu kami . 
Lia : Lia.... Lia .... Lia mengidap penyakit leukimia ayah , ibu . Lia cuma ada masa untuk hidup 3 bulan je lagi . Lia minta maaf ayah ibu sebab buat macam ni . Lia tak nak ibu dengan ayah risau kan Lia . 

Ibu sudah pun mengalirkan airmata . Ayah Lia pula hanya diam seribu bahasa .

Ibu : Kenapa Lia sorokkan drpd kami Lia ?? Lia satu-satunya anak yang kami ada . 
Sampai hati Lia buat macam tu kat ibu dengan ayah  . 
Lia : Ampun kan Lia bu . Lia tak nak susahkan ibu dgn ayah  . Lia taknak tengok ibu dgn ayah sedih . 
Ayah : Sampai hati Lia nak tinggalkan ibu dgn ayah ??
Lia : Jangan ckp macam tu ayah . Lia taknak ibu dgn ayah sedih . Senyum untuk Lia please ....
Ibu : Iwan tahu ??
Lia : Lia dah takde makne buat dia . 
Ibu : jangan cakap macam tu . 
Lia : Nanti Lia bagitahu lah .

Lia berasa lega kerana sudah berterus terang dengan ibu dan ayahnya . Lia menelefon Iwan . Tapi Lia kembali letak . Malam itu , sebelum tidur Lia pergi ke bilik ibu dan ayahnya 

Ibu : Kenapa ni nak ?
Lia : Takde apa bu . Lia nak minta maaf kalau selama ni Lia buat salah pada ibu . Ampunkan salah dan silap Lia bu . Halakan susu yang ibu bagi pada Lia dulu .
Ibu : Ish , takmau ckp cmni . Ibu halalkan untuk anak ibu ni . Ibu sentiasa doakan ank ibu ni . 
Lia  : Terima kasih ibu . Sayang ibu. Lia masuk bilik dulu ibu . Assalamualaikum .
Ibu : Baiklah . Waalaikumsalam .

Lia masuk ke dalam bilik . Sudah menjadi rutin Lia sebelum tidur dia mngerjakan solat taubat . 
Lia menghadap yang Esa . Lia berteleku lama di atas tikar sejadah . Lia memohon keampunan daripada-NYA . Semuanya kuasa ALLAH yg Esa . Lia pergi dalam sujudnya yang terakhir . Pada keesokkan harinya semasa ibu Lia mahu mengejutnya untuk solat subuh ibu Lia terkejut melihat keadaan Lia . Ibu Lia menyangkakan Lia sedang solat tapi sebaliknya Lia sudah tiada . Waktu sarapan Lia tidak turun sarapan sekali bersama ibu dan ayahnya . Ibu Lia pelik kerana keadaan Lia masih sama seperti subuh tadi seperti org sedang sujud . Apabila ibu Lia menyentuh badan Lia , Lia rebah . Waktu itu baru ibu Lia sedari bahawa Lia sudah meninggal dunia . Ibu Lia meraung sekuat hati . Waktu itu ayah Lia ternampak sepusuk surat di atas meja solek . 

"kepada bonda dan ayahanda tercinta ,

Lia minta ampun dan maaf pada ibu dan ayah . Lia terpaksa pergi secepat ini . Ibu dan ayah jangan sedih eh . Lia tak nak tengok ibu dan ayah sedih . Lia tunggu ayah dan ibu kt sini okayy .? Ibu , Lia nak minta tolong ibu . Ambilkan kotak kayu yang ada dalam almari Lia dan berikan pada Iwan ye ibu . Lia tak sempat nak telefon dia . Ibu tolong sampaikan ye . Sayang ibu !

SALAM TERAKHIR
LIA . . . .  . .           
Ibu Lia : Iwan , datang rumah aunty sekejap boleh ?
Iwan : Ada apa ye aunty ?
Ibu Lia : Ada barang untuk Iwan . 
Iwan: Baik aunty . 

Iwan tiba di rumah Lia . Iwan pelik kerana tidak nampak kelibat Lia . 'Iwan , ni Lia berikan pada kamu , dia minta aunty sampaikan pada kamu .' 'Lia mane aunty ??' 'Iwan , sudah seminggu Lia tinggalkan kita ' Kotak itu akn menjwab segala persoalan kamu . Iwan terkedu mendengar berita itu . Dalam kotak itu terkandung segala memori mereka bersama beserta diari dan album gambar Lia . Di dalam album itu terselit sepucuk surat , Iwan pun membacanya . 

Kepada Iwan ,
Iwan apa khabar ? Sihat ? Lia sentiasa doakan kesihatan Iwan . Lia rasa masa Iwan baca surat ni Lia dah pun selamat dikebumikan . Lia minta maaf sebab tak sempat jumpa Iwan . Iwan , sepanjang perkenalan kita Lia tak pernah curang pada Iwan . Mengapa Iwan lebih percayakan org yang Iwan baru kenal berbanding Lia ??? Lia terkilan dengan sikap Iwan . Lia mengimpikan menjadi yang halal buat Iwan tapi ALLAH tak izinkan. Lia redha dengan ketentuan-NYA . Iwan , dalam kotak ni semua kenangan antara kita . Takde satu pun yang tercicir dri simpanan Lia . Lia tak tahu kenapaIwan buta menilai cinta Lia pada Iwan . Lia hanya ada Iwan sorang dalam hati Lia . Hancur luluh hati Lia masa Iwan tuduh Lia bukan-bukan . Lia tak expect yg Iwan akan berubah hati pada Lia sedangkan Lia hanya setia dan sayangkan Iwan setulus hati Lia . Tapi Lia tak salahkan Iwan . Iwan hanya manusia biasa . Lia faham semua tu lumrah manusia kan .. Iwan sygkan Lia tak ? Sebab Lia tak sempat nak tanya Iwan sebelum Lia pergi . Iwan , sekarang Lia dah takde untuk bersama Iwan dan menjaga Iwan . Iwan jaga diri elok-elok ye . ? Jaga iman , jaga solat dan jaga hubungan dgn parents Iwan . Iwan , Lia nak mintak tolong sikit boleh tak ?? Lia tak tahu nak harapkan siapa lagi dah . Sebab selama ni Lia hanya ada Iwan dalam hidup Lia . Iwan tolong tengok-tengokkan ibu ayah Lia ye , Lia tak sempat nak balas jasa diorang . Iwan , Lia tunggu Iwan kt sini tau . Tak dapat bersam Iwan di dunia pun Lia harap kita dapat bersama di akhirat . Lia setia menunggu Iwan kt ini . Lia sayang sangat kt Iwan . Tapi ALLAH lebih sygkan Lia . Salam akhir dari HAZLIA BINTI FAROUK 

salam sayang
LIA .

Saat itu Iwan sedar yang dia sudah terlambat untuk semua nya . ALLAH MAHA MENGETAHUI . "Iwan tak sangka Lia pergi secepat ni. Iwan still sygkan Lia . Iwan sygkan Lia sgt2 . Kenapa Lia tinggalkan Iwan ?? " . Rintih Iwan di dalam hati . Namun apaka daya . Semuanya sudah ditentukan oleh Ilahi . Iwan hanya berdoa supaya Lia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment



 
Designed by Miraa Hussin