Tuesday, November 12, 2013

4 Golongan Sasaran Dakwah

Views

Assalamualaikum reader(s) . Td hana online. Then terkejut sangat ade lah seorang hamba ALLAH ni yang menhina dan mencaci islam. 
Tapi , apa yang kita nak herankan sgt ?
Dunia kita ni dah akhir zaman.
So, jangan pelik benda-benda mcm ni terjadi.
Kalau nampak perkara mungkar terjadi , 
berdoa agar kita dijauhkan daripadanya dan 
orang melakukan perkara tersebut 
mendapat petunjuk dan hidayah daripada-NYA.
Berikut adalah golongan-golongan yang menjadi sasaran pendakwah menurut Imam Al-Ghazali ..

Menurut Imam al Ghazali, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu terbahagi kepada 4 

golongan. 

1) Golongan yang jahil – golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah Tuhan tetapi 

  tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah adalah disebabkan 

kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.

2) Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya disamping mampu 

meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal ini terjadi kerana mereka tidak m

ampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia memang rasa berdukacita di atas maksiat yang 

dilakukannya serta kecewa tidak dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit u

ntuk dinsafkan kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan 

oleh nafsunya. Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh bersyarah dengan 

menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut kemahuan nafsunya di dalam 

kehidupan dan kenyataan yang sebenar. Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan 

menundukkan nafsunya.


3) Golongan yang mempunyai kepentingan – golongan ini melakukan kemungkaran dan tidak 

mahu melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam hidupnya samada pada dirinya, ru

mahtangganya dan masyarakatnya kerana mengaut keuntungan darinya. “Buat apa nak ikut 

Islam sangat, bukan boleh untung” Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai gol

ongan yang mengampu dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya 

mengatasi hukum-hukum Allah.


Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran 

yang hakiki. Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi’in dan pejuang kebenaran. 

Justeru itu, sekiranya kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sed

ang melanda, tidak ada formula lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti 

berjaya, maka pasti Allah s.w.t akan memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.



4
) Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik. Islam itu kolot dan barat itu 

moden. Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka aurat itu terbuka mindanya. 

Golongan ini adalah golongan yang paling payah untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mem

punyai ideologi-ideologinya yang tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, 

nasionalisma, kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.


Imam al ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu ditumpukan kepada 

golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk mereka kembali amat cerah. Untuk 

golongan yang ketiga dan keempat, tidak perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan 

ini hanya perlu dibendung pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah 

sebati dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini perlulah 

dilakukan dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan kekecewaan serta 

mematahkan semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

Selepas itu, buka Al-quran surah an-nahl ayat 125- 128. Jumpa mana2 guru dan tadabbur ayat 

itu. Dalam ayat tersebut terdapat beberapa metode dakwah yang harus kita laksanakan sebagai 

seorang da’i.

DAN YANG PALING PENTING BANYAKKAN DOA.




Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment



 
Designed by Miraa Hussin