Saturday, November 9, 2013

Antara persoalan ORANG KAFIR kepada ORANG MUSLIM

Views
Assalamualaikum reader(s) . Harini hana nak share something yang agak interesting. Mane lah tahu someday kita berada dalam situasi ni .. Semoga ia bermanfaat buat kita semua .

SOALAN : Kenapa nama Nabi Isa A.S disebut sebanyak 25 kali dalam Al-Quran sedangkan nama Nabi Muhammad SAW hanya disebut sebanyak 5 kali je dalam Al-Quran?

JAWAPAN : Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad SAW. Sebab itu nama Nabi Muhammad SAW jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad SAW tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

SOALAN : Mestilah Nabi Isa lebih hebatkan sebab nama Nabi Isa AS lebih banyak disebut dalam Al-Quran berbanding nama Nabi Muhammad SAW.

JAWAPAN : Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama Nabi Muhammad SAW cuma 5 kali tetapi sebenarnya terdapat 201 nama panggilan lain antaranya ialah Mustofha, Yasin dan Toha. Allah SWT tidak sesekali mengenepikan kehebatan RasulNya. Allah lebih Maha Mengetahui.

SOALAN : Dalam Islam percaya yang Nabi Isa AS diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat. Jadi, bila Nabi Isa AS dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

JAWAPAN : Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

SOALAN : Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW adalah Nabi terakhir tapi kenapa di akhir zaman nanti Nabi Isa AS yang akan turun? Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa AS yang terakhir?

JAWAPAN : Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir menerima dan pelengkap Kitab Wahyu dari langit. Nabi Muhammad SAW juga yang terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung. Nabi Isa AS diturunkan semula sebelum Qiamat nanti hanyalah untuk membetulkan umatnya yang telah jauh terpesong.

Jubair bin Mut’im berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Daku adalah Muhammad, daku adalah Amad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskan kekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWT mengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

SOALAN : Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

JAWAPAN : Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah SWT, Kerajaan-Nya dan KeagunganNya’. Kerajaan-Nya ini termasuklah para Malaikat yang sentiasa mentaati suruhan-Nya. Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau turut menggunakan kata ‘We’ bukannya ‘I’?

SOALAN : Bukankah babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

JAWAPAN : Sebab bukan semua ciptaan Allah SWT adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah SWT. Nak jadi kanibal?

SOALAN : Islam cakap Hindu sembah berhala tapi kenapa Islam hari-hari sembah Kaabah?

JAWAPAN : Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah SWT, binaan Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan dan menggantikan kelambu Kaabah. Orang Hindu tak akan pijak berhala mahupun gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah.

SOALAN : Apa bukti Allah tu wujud? Mana Allah? Tak nampak pun?

JAWAPAN Tidak semestinya yang tidak nampak itu tiada. Sekiranya kita ditiup angin yang nyaman dan dingin. Adakah kita nampak angin tersebut? Tentu tidak! Kemudian kita ambil pula contoh gula atau garam dan dilarutkan ke dalam segelas air jernih. Adakah kita nampak manis dan masin air tersebut? Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa tapi adakah kita boleh melihatnya? Begitu juga dengan kewujudan Allah SWT. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya tapi kita tak boleh nampak Allah.

Wallahualam.....

share kat semua semoga bermenafaat~~~~ <♥





Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment



 
Designed by Miraa Hussin